Klik Gambar Untuk Profil Penuh

Pengasas Dan Penceramah Utama Hushim Motivational & Counselling Consultancy

Pengasas, CEO
Cr. Haji Hushim Haji Salleh
HushimMotivational.com.my
Cr. Haji Hushim Haji Salleh
Pengasas, CEO

Cr. Haji Hushim Haji Salleh dilahirkan pada 5 Ogos 1956. Beliau merupakan seorang Kaunselor Berdaftar 00019, Lembaga Kaunselor Malaysia dan mempunyai Sijil Perakuan Amalan 0007. Beliau juga merupakan seorang Perunding Motivasi. Memperolehi Ijazah Sarjana Pendidkan (Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau sering dijemput untuk mengendalikan ceramah dan kursus Kaunseling (Modul 1-Beginner, Modul 2-Intermediate, Modul 3-Advance, ‘Coaching and Mentoring, Penasihatan Akademik, Group Therapy ‘Love & Care untuk Pekerja Cemerlang dan Berprestasi Rendah, ‘Team Building’, Kecergasan dan Kesihatan, Pengurusan Stress, Pengurusan Konflik di Tempat Kerja, Pengurusan Konflik Suami Isteri, Kursus I Love You (Pembugaran Perkahwinan), Bina Insan, Islamisasi Kerja Cemerlang, Guru Sebagai Murabbi, Pendakwah Hebat, Penyeliaan Berkesan, Penampilan Diri dan Pembinaan Karakter (Personal Grooming), Kecemerlangan Petugas Barisan Hadapan, Komunikasi Berkesan, Pengucapan Awam dan Pidato, Kemahiran Keibubapaan Cemerlang (Pendidikan Keibubapaan), Wanita Bijaksana Wanita Sejahtera, Pra Persaraan, Keluarga Bahagia, ‘Repair the Marriage‘, Kursus Transformasi Unggul dan Kursus Induksi Teller Bank Simpanan Nasional, dan Motivasi Dalaman & Luaran.

Selain itu beliau juga mempunyai klinik kaunseling persendirian iaitu KLINIK KAUNSELING HUSHIM MOTIVATIONAL AND COUNSELLING CONSULTANCY dalam mengendalikan kes-kes kaunseling :

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Rumahtangga (Memperbaiki Hubungan Suami Isteri, Membugarkan Perkahwinan, Khidmat Nasihat Kaunseling)
  • Kaunseling Keluarga (Mengeratkan Hubungan Suami isteri, Ibu Bapa dan Anak-anak)
  • Kaunseling Kelompok (Pekerja dan Majikan)
  • Kaunseling Kerjaya (Membina Kerjaya cemerlang)
  • Kaunseling Remaja
  • Kaunseling Krisis (Kes-kes Pemulihan Transgender, Pemulihan Gay, Pemulihan Biseksual, Pemulihan Lesbian, Pemulihan Stress, Pemulihan Tiada Keyakinan diri, Pemulihan Kecenderungan Membunuh Diri, dan juga Pemulihan Kecelaruan Gender)

Beliau juga merupakan Panel Kaunselor kepada Lembaga Tabung Haji, Media Prima Berhad, Dewan Bahasa & Pustaka, Telekom Malaysia Berhad, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau juga sering muncul di kaca TV dalam rancangan Semanis Kurma-TV9, Selamat Pagi Malaysia-TV1, Malaysia Hari Ini-TV3. Bersama Kak Nita-Atro, Assalamualaikum-TV Al-Hijrah, Apa Kata Wanita-TV1, Al-Kuliyyah-TV9, dan Generasi Y-TV1. Stesen-stesen radio Klasik FM, Salam FM, Sinar FM dan Hot FM.

Beliau juga telah menghasilkan penulisan buku yang bertajuk: Psikologi Perkahwinan dan Keluarga-Semakin Hari Semakin Sayang, Panduan Keibubapaan Cemerlang-Anakku Sayang, dan 10 Elemen untuk Mencapai Kejayaan serta VCD Kemahiran Keibubapaan Cemerlang.

Dengan pengalaman beliau yang luas nescaya beliau dapat berkongsi pengalaman dalam tujuan memperkasa dan melestarikan penguasaan dan ketrampilan berbahasa serta pembangunan insan seseorang individu tersebut. Begitu juga dengan latar pendidikan yang beliau miliki, sudah pasti beliau mampu menyuntik dan menjana idea serta dapat memberikan tunjuk ajar yang lebih sistematik, berkesan dan terkini.

Pengasas Bersama
Mohd Fauzan Haji Hushim
HushimMotivational.com.my
Mohd Fauzan Haji Hushim
Pengasas Bersama

dilahirkan pada 25 Mei 1983. Beliau merupakan seorang ‘Certified Trainer of Neuro-Linguistic Programming, The American Board of Neuro-Linguistic Programming (ABNLP) dan Certified Master Time Line Therapy Practitioner (TLTA), Sydney, Australia. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Sivil dan Syariah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau sering dijemput untuk mengendalikan kursus dan ceramah dalam pembangunan insan, antaranya; Kursus Pengamal Pengaturcaraan Neuro Linguistik (NLP), NLP – Achieving Effectiveness Through NLP, Kepimpinan Berkesan Melalui Pendekatan NLP, Coaching & Mentoring Melalui NLP, Pengurusan Stres, Pengucapan Awam dan Komunikasi Yang Efektif, Team Building, Motivasi, Anjakan Paradigma Ke Arah Kecemerlangan, Pengurusan Masa Berkesan, Penasihatan Akademik dan NLP, Kecergasan dan Kesihatan, Pengurusan Konflik di Tempat Kerja, Bina Insan, Islamisasi Kerja Cemerlang, Penyeliaan Berkesan, Penampilan Diri dan Pembinaan Karakter (Personal Grooming), Kecemerlangan Petugas Barisan Hadapan, Pra Persaraan, Membina Budaya Positif di Tempat Kerja, Group Therapy Through NLP, Train The Trainer (TOT),

Selain itu beliau juga turut aktif menjalankan aktiviti di KLINIK NLP HUSHIM MOTIVATIONAL AND COUNSELLING CONSULTANCY dalam aspek :

  • Memperbaiki Keadaan Diri (Rasa Bersalah, Kesedihan, Kemarahan , Putus Asa, Keliru , Tidak Keruan).
  • Mengubah Selera Makanan yang Disukai kepada tidak Disukai (Menangani Berat Badan
  • Berlebihan, Meninggalkan Makanan yang Tidak Sesuai Untuk Dimakan).
  • Mengubah Tabiat Buruk kepada yang Lebih Baik.
  • Menggerakkan Diri daripada Sifat Diri Negatif kepada Positif.
  • Menyenaraikan Nilai-Nilai Penting dalam Kehidupan , Kerjaya , Percintaan , Keluarga.


Beliau juga sering muncul di kaca TV dalam rancangan Semanis Kurma-TV9, Selamat Pagi Malaysia-TV1 dan Malaysia hari ini-TV3.

Dengan pengalaman beliau yang luas nescaya beliau dapat berkongsi pengalaman dalam tujuan memperkasa dan melestarikan penguasaan dan ketrampilan berbahasa serta pembangunan insan seseorang individu tersebut. Begitu juga dengan latar pendidikan yang beliau miliki, sudah pasti beliau mampu menyuntik dan menjana idea serta dapat memberikan tunjuk ajar yang lebih sistematik, berkesan dan terkini.

Pengasas Bersama
Hajjah Fauziah binti Dato’ Mahmood
HushimMotivational.com.my
Hajjah Fauziah binti Dato’ Mahmood
Pengasas Bersama

mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan (TESL) di Universiti Putra Malaysia. Beliau juga merupakan bekas penuntut di St. Marry’s College, United Kingdom, pengkhususan dalam Literature in English.

Beliau merupakan seorang bekas guru pakar yang sangat berpengalaman dalam subjek Bahasa Inggeris. Beliau sering menyampaikan ceramah dalam program-program motivasi, pembangunan insan dan juga seminar UPSR, PMR dan SPM bagi pelajar-pelajar anjuran Yayasan Telekom Malaysia (YTM), FELCRA Training & Consultancy (FTC) dan juga Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam program motivasi bersama Pasukan Bolasepak Telekom Melaka (TMFC) dan juga Pasukan Bolasepak PKNS.

Klik Gambar Untuk Profil Penuh

Panel Penceramah Hushim Motivational & Counselling Consultancy

Cr. Haji Zailan Wagimin KB (MAL)
Cr. Haji Zailan Wagimin KB (MAL)

berkelulusan M. Edu (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universi Kebangsaan Malaysia.

Beliau berpengalaman mengendalikan kursus dan program pembangunan korporat bersama organisasi-organisasi kerajaan dan swasta seperti TM Berhad (Telekom Malaysia Berhad), Yayasan Telekom Malaysia (YTM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Pelajaran Selangor (JPS), Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Selayang, Pasukan Bolasepak Liga Super Telekom Melaka (TMFC), Pasukan Bolasepak Liga Perdana PKNS (PKNS FC), FELCRA Training & Consultancy, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Abdul Rahim Mariun
Abdul Rahim Mariun

berkelulusan Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA. Beliau berpengalaman mengendalikan kursus dan program pembangunan korporat bersama organisasi-organisasi kerajaan dan swasta seperti TM Berhad (Telekom Malaysia Berhad), Yayasan Telekom Malaysia (YTM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Pelajaran Selangor (JPS), Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Selayang, Pasukan Bolasepak Liga Super Telekom Melaka (TMFC), Pasukan Bolasepak Liga Perdana PKNS (PKNS FC), FELCRA Training & Consultancy, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Azizee bin Aziz
Azizee bin Aziz

berkelulusan Master in Technology Management (Technology), UTM. Berpengalaman sebagai Pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik Merlimau Melaka dan mengajar subjek-subjek seperti Entrepreneurship, Business Mathematic, Business Creativity and Innovation, Business Studies, Technology and Business, Principles of Marketing, Principles of Management, Introduction to Psychology Industry, Planning and Production Control, Purchasing Management, Commerce Laws, Management Information System & Computer Application.

Dr. Mohamad Rafie bin Md. Kaslan
Dr. Mohamad Rafie bin Md. Kaslan

berkhidmat sebagai Pakar Patologi (Kaji Penyakit) di Hospital Putrajaya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Perubatan (M.Med) (Pathology) di Universiti Sains Malaysia. [Informasi beliau dalam proses kemaskini]

Ahmad Kamal bin Ariffin
Ahmad Kamal bin Ariffin

berkelulusan M.ED (M.ED, Major Educations, Psychology and Counselling dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kaunseling dari peringkat sekolah hingga ke peringkat Kementerian Pengajian Malaysia (KPM). Sebagai contoh, pernah menjadi Pakar Rujuk Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling HEM, Sekolah-Sekolah KPM. Selain menjadi penulis teks ucapan utama untuk ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, beliau juga aktif dalam penulisan, antaranya "Buku Panduan Aktiviti Permainan Dalam Kaunseling Untuk Kegunaan Sukarelawan SST, MOE. Beliau juga aktif dalam memberikan sumbangan kepada komuniti masyarakat. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah di Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM (dari tahun 2006 hingga sekarang).

Klik Gambar Untuk Profil Penuh

Fasilitator Hushim Motivational & Counselling Consultancy

Pengurus Pentadbiran, Pembantu Peribadi & Jurulatih
Suhaizal bin Suriff
Suhaizal bin Suriff
Pengurus Pentadbiran, Pembantu Peribadi & Jurulatih

adalah seorang NLP Practitioner(ABNLP)bertauliah. Beliau telah mengendalikan kursus dan program pembangunan korporat selama lebih 8 tahun bersama organisasi-organisasi kerajaan dan swasta seperti TM Berhad (Telekom Malaysia Berhad), Yayasan Telekom Malaysia (YTM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Arkib Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT), Kolej Yayasan Melaka (KYM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Panasonic Electronic Devices (M) Sdn. Bhd. (PEDMA).

Malah, khidmat dan kepakaran beliau turut digunakan oleh Pasukan Bolasepak Liga Super Telekom Melaka (TMFC), Pasukan Bolasepak Liga Perdana PKNS (PKNS FC), FELCRA Training & Consultancy, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Syaiful Azlan bin Jaafar
Syaiful Azlan bin Jaafar

adalah lulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (UTM) dan juga seorang NLP Practitioner (ABNLP) bertauliah.

Beliau telah mengendalikan kursus dan program pembangunan korporat selama lebih 8 tahun bersama organisasi-organisasi kerajaan dan swasta seperti TM Berhad (Telekom Malaysia Berhad), Yayasan Telekom Malaysia (YTM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Arkib Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan
Kemajuan Masyarakat, KEMAS, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT), Kolej Yayasan Melaka (KYM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Panasonic Electronic
Devices (M) Sdn. Bhd. (PEDMA).

Seperti En. Suhaizal, khidmat dan kepakaran beliau turut ditagih oleh Pasukan Bolasepak Liga Super Telekom Melaka (TMFC), Pasukan Bolasepak Liga Perdana PKNS (PKNS FC), FELCRA Training & Consultancy, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan sekolah-sekolah seluruh Malaysia.